Monday, January 25, 2010


Berita tentang kereta eksiden yang disebabkan tayar  meletup nie kita dah biasa dengar,sebab kalau tangki minyak kita ada indicator samada minyak penuh ke atau sedia untuk di isi semula,begitu juga dengan suhu engine kalau tiba tiba suhu meningkat kita akan berhenti sebelum kepanasan suhu merosakkan segala yang ada dalam engine yang kadangkala menyebabkan kenderaan terbakar.Tetapi pernahkah kita fikir alangkah baiknya kalau kita ada alat indicator pada tayar yang dapat memberi tahu kepada kita bahawa tayar sedang berada dalam tahap kepanasan yang tinggi yang memungkinkan tayar meletup.atau sekurangnya dapat memberi tahu kita bahawa tayar kita berada dalam kedaan angin yang kurang stabil yang menyebabkan bunga tayar sedang terhakis dan peenggunaan petrol yang tidak ekonomi.






Satu teknologi dari Jepun telah dicipta untuk menyelesaikan masalah ini,dimana dengan anda memasang i-check di kereta anda sistem ini akan memberi sistem alert dalam kedaan dua kedaan yang penting dan genting.
1.Memberi bacaan tekanan tayar semasa anda,sekiranya terdapat kebocoran pada tayar kereta anda,bacaan psi kereta anda pada alat yang dilekatkan akan menurun dan sekiranya bacaan kurang dari 25 psi sistem penggera akan berbunyi dan anda boleh membuat tindakan awal samada menambah angin pada tayar atau pergi dimana mana kedai tayar berhampiran.

2.Memberi bacaan suhu kepada angin dalam tayar,dari hasil kajian tayar akan meletup berlaku apabila udara dalam tayar menjadi panas ini disebabkan  bunga tayar kereta anda botak dan menipis menjadikan geseran tayar pada permukaan jalan yang lebih tinggiFaktor yang kedua tayar boleh meletup ialah kerana kita terbeli tayar yang sudah tamat tempoh selamat pakai(dah expired) dan yang ke tiga kita menggunakan tayar yang tidak sesuai dengan kenderaan .  Apabile kepanasan udara dalam tayar telah meningkat dan suhu tayar meningkat kepada 80 darjah celcius sistem penggerra akan berbunyi .Jadi sebelum ytayar kereta kita ada kemungkinan meletup kita dah boleh memperlahankan kenderaan kita.






Inilah alat yang akan discrew bersama dengan nut tayar yang akan dimasukkan kedalam tayar.Alat ini mempunyai sensore yang akan memberi bacaan psi dan suhu udara kereta anda.Panel bacaan perlu disambung kepada sistem cigrate litger anda untuk mendapat tenaga elektrik.Sistem wireless digunakan untuk menyabung sensore yang di pasang didalam tayar dan juga device yang memberi bacaan tekanan dan suhu tayar.


Kadangkala kita boleh berbelanja yang besar untuk menukar asesori kereta, yang mana sering kali tkurang manfaat untuk keselamatan,ada yang ubah suai sistem audio pun lebih daripada rm10 ribu , sport rim rm4 ribu atau lebih.Jadi kenapa tidak kita memasang sistem ini di dalam kereta kita sekurang kurang tindakan awal untuk menyelamatkan pemanduan kita lebih selamat

                                    

Menarik tentang teknologi nie bukan sahaja dpt berfungsi untuk keselamatan malahan juga penjimatan..berapa banyak tayar kita tukar sedang hayat tayar tu masih lama lagi.Tapi kita sering biarkan angin tayar berada dalam kedaan yang tidak mencukupi atau pun terlebih daripada apa yang dibenarkan.Sebenarnya kalau angin tayar kurang dari 3-5 psi pun penggunaan minyak dah berbeza,maknanya kita terpaksa berbelanja lebih hanya disebabkan tekanan angin yang tidak betul.









Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP